Assalamualaikum WBT Dan Salam Sejahtera,
Diharapkan semuanya dalam keadaan yang sihat dan selamat hendaknya. Di sini kami ingin memberi jawapan kepada beberapa soalan-soalan lazim yang kerap ditanyakan oleh para pelanggan dan pelawat website Mutiara Niaga Shop ini.
Q : Di mana butik Mutiara Niaga Shop ini?
A : Kami beroperasi via 'Virtual Office', atau bahasa mudahnya 'Online' untuk kemudahan semua, untuk menjimatkan masa dan merapatkan jarak. Jadi kami tiada kedai fizikal yang boleh anda lawati buat masa ini.
Q : Bagaimana untuk menempah/membuat pesanan produk?
A : Mudah. Berikut adalah panduan memesan produk kami:-
1. Kenalpasti produk yang anda inginkan.
2. Tekan butang Add To Cart.
3. Setelah selesai memilih barang, klik pada "Checkout".
4. Isikan dengan maklumat-maklumat yang diperlukan serta buat bayaran ke akaun bank yang dinyatakan dan pastikan ia lengkap sebelum dihantar. Semak semua maklumat anda untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses tempahan dan penghantaran nanti dan apabila siap sila tekan butang Hantar Borang Tempahan.
5. Setelah selesai menghantar borang Tempahan, mohon agar anda menghantar SMS kepada pihak kami sebagai makluman mengenai tempahan anda.
Q : Bagaimana untuk membuat pembayaran?
A : Untuk tempahan dalam Malaysia, anda boleh membuat pembayaran secara manual atau online melalui mesin-mesin deposit dan pindahan ATM. Berikut adalah senarai bank-bank yang kami terima buat masa ini:-
Maybank
CIMB
Bank Islam
Q : Bagaimana pihak Mutiara Niaga Shop membuat penghantaran dan berapa lama untuk parcel diterima? Bagaimana pula dengan kosnya?
A : Kami menggunakan khidmat Poslaju dan khidmat kurier Skynet sebagai medium penghantaran. Selalunya ia akan mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk parcel sampai ke tangan anda (penghantaran domestik) . Kos penghantaran yang normal adalah dari RM 6.00 bagi semenanjung dan RM 10.00 bagi Sabah dan sarawak bagi setiap produk, tetapi anggaran harga ini akan berubah bergantung kepada berat dan lokasi penerima.
Q : Adakah produk yang dijual oleh Mutiara Niaga Shop adalah asli?
A : Ya! Semua produk yang kami jual adalah 100% ORIGINAL. Anda boleh memulangkan kembali produk tersebut kepada kami jika terbukti produk tersebut adalah tiruan. Kami akan bayar balik nilai harga produk tersebut kepada anda.
Terima kasih atas segala sokongan anda. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.
0 comments:
Post a Comment